Team dah ada bahan.
Tapi content
masih tak siap?

Bantu team cari idea, buat video AI dan edit guna bahan bisnes sendiri. Dalam private coaching ni, kita pilih fokus dan terus praktis sama-sama.

Coach Am menerangkan kepada peserta semasa sesi coaching, daripada footage DJI terbaru
Sehari penuh2 trainerSupport 30 hari selepas sesi

Apa yang team
nak siapkan dulu?

Pilih ikut kerja sebenar team. Tak perlu belajar semua sekali.

Idea & content

Ada angle dan script untuk mula buat content.

Video AI

Belajar hasilkan visual dan video guna produk sendiri.

Editing guna AI

Belajar ubah footage yang ada jadi video yang tersusun.

Terus buat content
untuk bisnes sendiri.

Bawa produk atau footage team. Kita pilih satu kerja, cuba buat dan semak hasilnya bersama—supaya jelas cara nak sambung selepas kelas.

Tengok tentatif kelas VGC

Coach Am mengajar sambil menerangkan idea di papan putih, dalam sesi coaching

Pilih satu kerja.

Tetapkan content yang nak dibuat dan siapa yang nak dicapai.

Buat dengan bimbingan.

Praktis dengan bahan sendiri. Bila tersangkut, terus tanya trainer.

Tahu apa nak sambung.

Semak hasil, baiki yang belum kena dan simpan workflow untuk ulang semula.

Latih satu team.
Guna dalam kerja sendiri.

Untuk owner dan team marketing, social media atau sales yang nak gunakan AI dalam kerja content harian.

Coach Am mengajar di hadapan peserta dan laptop, daripada footage DJI terbaru
Selfie Coach Am berlatar salji, bersama dua gambar pengalaman training

Panggil saya Am.

Saya mula dengan design, kemudian masuk marketing dan business. Sekarang saya bersama Akiha Global sebagai salah seorang Director dan CMO.

Apa yang saya cuba dan guna sendiri dalam kerja, saya bawa masuk dalam coaching. Jadi kita akan banyak bincang produk sendiri, idea sendiri dan bahan yang team memang nak gunakan.

Kenal saya dekat sini

Sebelum kita mula.

Team baru nak mula. Boleh ikut?

Boleh. Beritahu tahap team masa kita bincang nanti. Kita mula dari situ dan pilih apa yang paling perlu dipelajari dulu.

Kena ada skill editing dulu?

Tak semestinya. Untuk editing guna AI, kita belajar sediakan bahan, bagi arahan dan semak hasilnya. Kalau team dah biasa edit, kita boleh fokus bahagian yang selalu makan masa.

Apa yang team kena bawa?

Produk, idea content atau footage yang nak digunakan dalam sesi. Kita bincang bahan yang perlu disediakan ikut fokus yang dipilih.

Kalau peserta lebih 10 orang?

Boleh bincang. Pakej RM3,500 di atas untuk sehingga 10 peserta. Untuk team lebih besar, kita susun pakej ikut bilangan dan keperluan team.

Lepas kelas, masih boleh tanya?

Ada group support selama 30 hari selepas sesi. Team juga dapat video tutorial, workflow dan contoh prompt untuk rujuk semula.

Nak buat sesi
untuk team anda?

Beritahu bilangan peserta, cabaran team dan tarikh pilihan. Kita semak fokus yang sesuai dan ketersediaan tarikh melalui WhatsApp.

Semak dulu sebelum buat keputusan. Tiada bayaran melalui borang ini.

Lepas isi, semak mesej di WhatsApp dulu. Tekan hantar bila dah okay.

Okay, jom sambung dekat WhatsApp.

Mesej dah siap dengan butiran team. Boleh semak dulu sebelum hantar.

Teruskan ke WhatsApp
Semak tarikh coaching